right click

rainbow link

Tuesday, April 12, 2011

Bila Lelaki itu Menjadi curang

Kaum hawa memang seram,naik bulu roma tengkuk and semua laa..
Bila lelaki itu CURANG,,
Haiyaa..lelaki curang pun nak takut..HAHA

TAKUT tuh,jangan laa..
Buat dun know je k!
Sebab,,lelaki nih..haiyaa..memang..sukar diramal..
Macam cuaca..
Kadang-kadang baik..kadang-kadang puting beliung..

So,kaum Hawa?Apa perlu buat?
Nak curang balik?
Tak perlu..kita kena cool je ,okay?



Katakanlah bila terserempak dengan mereka..
Masa tu,ada perempuan tengah menggedik-gedik pimpim tangan dia..
APA PERLU BUAT?
TAMPAR?
SIMBAH AIR?
TERAJANG KEMALUANNYA?
hoi!bahaya!

Macam ni,ambil je cara mudah..
So,apa dia?
Kita SENYUM je la..



Tak percaya?
Kita kena fikir secara bijak dan positif.
Dengan cara tu,LELAKI tu akan..

Maybe dia akan rasa bersalah..
Ego dia cair..
Rasa malu..
And maybe dia berkata-kata sendiri dalam hatinya..
'APa aku dah buat ni?kenapa aku dengan perempuan yang kaki kikis ni?Dia..dia..adalah insan yang benar-benar cintakan aku..sungguh tegar aku buat dia terpuruk begitu..ohh sayang..!!'

Jap,dan kalau dia terus berlari memegang tangan mu..
Cakap je,.
"Do I know you?"
Haa!hambik kauu!!!

Thursday, April 7, 2011

Cerpen : Cinta yang dinamakan SETIA



“ Ringgg..ringgg..”, deringan telefon bimbitnya berbunyi.

“ Hello sayang. Apa khabar?”,suara Aeril lembut berbicara.

“Hai balik. Baik.”, ringkas Natrah menjawab dengan nada yang agak bengis.

“Kenapa ni sayang? Sayang ada masalah? Ceritalah kat Aeril.”

“Tak ada apa-apa lah Ril. Nat okay-okay sahaja. Maaflah, Nat ada kerja sekolah lah nak siapkan. Nat harap, Aeril faham,.okay? Bye. Assalamua’laikum. “

Belum sempat Aeril menjawab salam, Natrah cepat-cepat matikan panggilan. Aeril bingung dengan sikap Natrah yang aneh itu. Tidak pernah Natrah bersikap demikian.
Aeril dan Natrah. Pasangan remaja yang sedang hangat bercinta semasa di alam persekolahan. Perkenalan mereka menerusi telefon bimbit itu di temukan oleh rakan baik Natrah sendiri, iaitu Ainina semasa di Tingkatan 3. Natrah muda setahun daripada Aeril. Kelembutan Natrah membuatkan Aeril jatuh cinta kepadanya sehinggakan hubungan mereka dapat bertahan sampai sekarang ni, iaitu Natrah sedang berada di Tingkatan 5.

2 Tahun kemudian...

“ Asslamua’laikum sayang Natrah !”

“Waa’laikummussalam, Darling ! Sihat tak hari ni?”

“Sihat sangat. Natrah ada berita gembira nak bagitau kat Aeril ni. Nak dengar tak?”

“Semestinya lah,kan..apa dia?”

“Begini, Natrah dapat tawaran sambung belajar di Netherlands. Nat harap, Aeril dapat temankan Natrah pergi airport nanti. Boleh tak? Natrah berharap sangat.”

“Apa?Netherlands? Apa, kat Malaysia ni tak ada ke Unversiti yang bagus-bagus ? Kenapa luar Negara juga jadi pilihan Nat? Tegar Nat tinggalkan Aeril di sini terkapai-kapai keseorangan.”

“Ala, Ril ni..drama tau! Bukan niat Nat untuk tinggalkan Ril. Demi masa hadapan Nat, Nat sanggup buat apa sahaja. Jangan risau, Nat akan setia pada Ril. Nat harap, Ril pun begitu juga terhadap Nat. Nanti, jangan main mata dengan orang lain okay!.Lagipun, Nat ke sana, bukan untuk pergi menggatal.”


Berat hati Aeril untuk biarkan insan yang sanagt dia cintai itu ke negara orang. Di lubuk fikirannya, bermacam-macam andaian yang berputar difikirannya. Aeril tidak mahu kehilangan Natrah. Lalu, Aeril mengambil keputusan untuk nikahi Natrah.

“Mak,Aeril dah buat keputusan masak-masak. Aeril nak nikahi Natrah.”

“Kau gila, Aeril? Budak tu lagi beberapa hari nak pergi Netherlands, untuk sambung belajar. Tunggu lah lagi beberapa tahun dia balik ke Malaysia nanti. Kamu ni Ril, gelojoh lah. Malu mak ,tahu?”

“Tahun mak.TAHUN! Mak tahu tak, ‘tahun’ tu lama. Ril tak sanggup mak.”

“Mak tak kira,mak tak setuju kamu nikahi dia sekarang.Pekerjaan kamu je tak tetap.Ingat, mak nak kamu memegang segulung ijazah dulu baru mak lepaskan kamu bernikah. Faham? Ishh budak ni!”

Aeril kesal.


Semasa di airport...

“Nat, jaga diri baik-baik ye sayang kat negeri orang sana tu”

“Baiklah Ril..Ril usah risau. Pandai-pandai Nat lah kat sana nanti. Kalau ada masa terluang, jangan lupa online Facebook dengan Yahoo Messenger, Skype ke..tau! Kita webcam sama-sama okay? Nanti, hilang sikit rindu Nat kat Ril.”

“Yelah sayang. Sayang, bila sayang balik ke Malaysia nanti. Aeril berjanji akan nikahi Nat. Kita bina hidup sama-sama, ya?”

Tanpa batasan, buat pertama kali, Aeril terus memeluk Natrah. Natrah berasa sangat sedih lalu mutiara jernih jatuh berlinangan di pipi Natrah. Insan yang sangat dia cintai akan dia tinggalkan demi mengejar cita-citanya.




5 Tahun kemudian..

Akhirnya.,Natrah Berjaya menamatkan pelajarannya dan memegang segulung ijazah dari luar negara. Padanya buat ketika itu, itulah hadiah terulung buat dirinya dan keluarganya.


Natrah bermonolog dalaman, “ Wow! Seems to be a lot of changing ,here. Tak sabar laa seyh nak jumpa orang-orang yang aku rindu nih! Ya Allah, semoga mereka dalam keadaan sihat sejahtera.”

“AERIL. Agaknya, maacam mana ya dia sekarang. Adakah dia masih setia pada ku? Adakah dia akan menunaikan janji lama nya itu padaku? Hurmm..tak sabar nak jumpa dia! Auww!Auww!”

Mahligai Bahagia...

Aeril seorang jejaka yang sangat berpegang teguh pada janjinya. Hasratnya untuk menikahi Natrah apabila Natrah pulang dari Netherlands,akhirnya terlaksana. Aeril yang mempunyai pekerjaan tetap dan berjaya memegang segulung ijazah tempatan akhirnya sah menjadi suami Natrah, gadis yang sangat dia cintai dan merindui itu.

“Terima kasih Aeril. Nat..Nat tak sangka yang Ril akan tunaikan janji Ril pada Nat.”

“Kenapa?tak percaya? Haha..Bila sesuatu yang Ril telah janjikan, lambat laun Ril akan tunaikan juga. Walaupun ia membahayakan diri Aeril, Aeril tidak peduli. Demi orang yang tersayang, Ril sanggup buat apa saja. Aeril tidak mahu menjadi seorang pemuda yang hanya manis pada berbicara. Mari sayang, kita ke kamar.”

“Baiklah.” 


 
p/s: TAMAT .. Cerita yang penuh ringkas..haha
nantikan episode cerita Aeril dan Natrah akan datang :)