right click

rainbow link

Thursday, June 30, 2011

Aku tak MAMPU

Aku tak mampu macam kau..
Kau bersegala-galanya..
Kau punya harta..
Namun aku sifar..

Kau mempunyai akal yag bijak dan cerdik..
TAPI aku?
seorang yang cetek pengetahuan..
Aku hanya mampu menjadikan kau idola..
Mengekori apa yang kau lakukan..

Juga begitu..
Aku tak Mampu..


Memang lah benar..
Orang selalu berkata..
JUST BE YOURSELF

Tapi aku tak mampu menjadi diri aku kerana..
Aku kurang kenal pada diriku..

Siapakah aku?
Aku pun kurang mengerti..

Aku hanya mampu menaip apa yang aku rasa..
aku lemah..aku longlai..
AKU TAK MAMPU



Wednesday, June 29, 2011

Mengejar Mimpi..Mampukah aku?

Semangat ku kian runtuh..
Hatiku serring merintih..
Suaraku kian berbisik jauh..
Badanku longlai dan tidak teguh..

Tuhan..
Adakah ini cabaran yang harus aku lalui?
Adakah cabaran ini akan mematangkan aku??
Aku tidak sanggup lagi berdiri teguh..

Tuhan..
Tiupkanlah semangat jitu kepadaku..
Aku semakin lemah..
Aku semkin lemah berada di muka bumi ini ya Tuhann..
Aku tidak berdaya lagii..
Pelbagai onar dan badai menentangku..
Namun, aku tidak mampu dan kuat untuk menipisnya ya Tuhan..

Dan,.
Aku tidak sanggup lagi berada di bawah..
Aku malu..
Malu kepada diriku yang lemah ini..
Malu kepada mereka yang memandangku sinis..
Mampukah aku mengejar mimpiku ??
Hanya kepada mu aku berserah dan pasrah..
Semoga anganku akan terpahat pada melodi diriku suatu hari nanti..



Saturday, June 25, 2011

CERPEN : Begitulah nasib

Kalian ingat tak cerpen CINTA yang dinamakan SETIA ? Inilah sambungan nya,..

Sudah 4 Tahun perkahwinan Aeril dan Natrah. Namun, nasib tidak menyelebelahi mereka berdua. Mereka belum pun dikurniakan  anak.

“Aeril,sudah lebih 4 tahun kan kita berumah tangga nih? Tapi, kan..”
“Tapi apa sayang? Baik cakap. Tak bahagia ye dengan Ril?”
“Tak lah,bukan macam tu..Hmm..Nat tak ada apa-apa tanda pun hamil.”
“Sabar lah sayang, agaknya belum sampai masanya lagi kot.”
“Tapi mak dengan ibu dah tanya-tanya dah bila nak ada anak. Mereka cakap,tak sabar nak timang cucu. Huh! Penat nak menjawab tau.”
“Haha..biar je lah. Lambat laun nanti adalah kot.”

Di rumah keluarga Natrah..

“Hai Natrah. Termenung jauh anak mak ni. Nak kata teringatkan boyfriend,dah kahwin. Bermenungkan apa tu, Nat?”
“Tak ada apa-apa lah mak. Fikirkan soal kerja. Banyak sangat tugas bos Nat bagi.”
“Biasalah tu,kerja. Suruh niaga jahit baju tak nak. Hah! Ni tengah-tengah free ni, mak nak tanya sikit boleh?”
“Apa standard jahit baju. Erm.. Boleh. Apa dia mak?”
“Gini,dah nak dekat 4 tahun kan korang dah kahwin? Takkan tak ada apa-apa kot?”
“Ada apa, apanya mak?”
“Ish budak bertuah ni! Maksud mak. Tak ada apa-apa petanda ke yang menunjukkan kau tu hamil?”
“Oh..tak pun. Biasa aja. Lagipun mak, Nat masih muda lagi lah.”
“Muda apanya Nat? Kau tu umur makin lama, makin lanjut. Pergi lah ikhtiar. Check doctor ke..”
“Ye lah mak..tengoklah macam mana nanti.”
Natrah berasa hambar dengan persoalan  yang ditanyakan oleh ibunya. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk memujuk  Aeril  pergi membuat pemeriksaan doctor.

Apabila mendapatkan pemeriksaan doctor..

Natrah : Macm mana keputusannya doctor?
Aeril : Kenapa doctor? Adakah saya puncanya?
Doktor Shafii : Begini. Keputusannya agak megecewakan sedikit. Maaf, saya berharap agar                                        kamu berdua bersabar dan redha ,ya?
Aeril dan Natrah : Baiklah.
Doktor Shafii : Mengikut semakan keputusan yang ada di tangan saya ni, Puan Natrah telah mengalami kerosakan di bahagian rahim nya. Hasil yang saya terima, Puan Natrah tidak subur dan tidak boleh melahirkan zuriat buat selama-lamanya. Maaf. Saya berharap, agar kamu sabar dalam menghadapi dugaan ini.Banyak- banyakkan berdoa ya?

Natrah terdiam kaku. Aeril terus memeluk Natrah. Mereka tergamam. Suasana di situ ibarat berada di tanah perkuburan. Ibarat seperti malaikat lalu. Diam tanpa sepatah kata.

Tiba di rumah..


“Nat, sabar ya sayang,bukan rezeki kita.”
“Nat minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat melahirkan zuriat Ril. Nat tak tahu nak cakap apa sekarang ini. Nat rasa tak berguna sangat.”
“Sayang, tak baik kata macam tu. Walau apa pun keadaan Nat, Ril akan tetap berada di sisi Nat. Sudah, tak mahu menangis.”
“Macam mana nanti kita nak berdepan dengan orang tua kita? Mesti mereka berasa kecewa. Lagipun,Ril hanya satu-satunya waris keluarga Ril. Macam mana ni?”
“Jangan risau Nat, biar Ril yang selesaikan. Biar Ril yang cakap kat mereka tu.”
Malam tu, Natrah tidak boleh tidur. Dia asyik memikirkan tentang hal itu. Dia betul-betul rasa kecewa,sebak. Kenapa Tuhan bagi aku ujian yang sebegini rupa? Kata Nat di dalam hati.

Pagi  Ahad yang dingin..

“Pagi sayangku, Natrah. Buat sarapan apa tu? Sedap aje nampak?”
“ Pagi..Nasi goreng simple je. Jamah lah dulu. Ril, Nat rasa kan..”
“Rasa kenapa? Lain macam je Ril tengok Nat ni..Masih memikirkan hal kelmarin tu ke?”
“Apa kata Ril kahwin lagi?”

Aeril tersedak dan terpukul dengan persoalan Natrah itu.

“Kahwin lagi?Are you out of your mind, Nat? Hanya kerana tu je nak suruh Ril kahwin lagi? Tidak,.tidak.. Sememangnya Aeril tak setuju. Gila arh.. Dengar sini Nat, sejak kita di bangku sekolah lagi kita bercinta. Sejak tu,pintu hati Ril dah tertutup untuk nak terima siapa-siapa dalam hidup Ril, selain Natrah. Ril sanggup tunggu Natrah belajar kat luar Negara selama 5 tahun tu. Takkan Nat dah lupa semua tu? Lagi pun, Ril ada pernah kan janji dengan Nat, nak hidup semati dengan Nat sampai bila-bila. Ingat tak?ingat tak, Natrah?”
“Itu semua Nat ingat. Tapi Ril..”
“Tapi apanya, Nat? Ril betul-betul marah sekarang ni. Sudah, Ril nak pergi mandi dulu.”
“Tapi Ril..”


Ril berlalu pergi dan terus meninggalkan Natrah bersendirian tanpa kata..



p/s : apa yang terjadi pada Natrah seleppas tu??belumm TAMAT sudaa..nantikan episode cerita Aeril dan Natrah akan datang :)

Saturday, June 4, 2011

Kenapa aku dapat kawan macam kau?

Aku hanya luahkan apa yang aku rasa..
First sekali..
Aku penat lah nak dengar cerita kau..
Kau tahu tak betapa sakitnya hati aku..
Kau ada ke tahu?
Tak ada kan..
Hampir setiap waktu kau melalut dengan mesj kau..
Penting?Jauh sekali..
Bila aku tanya kau.
Kau jawab main-main..
Asyik aku je nak dengar cerita kau..
And tadi..
Aku tak layan mesj kau..
Kau kata " KAUBODOH"
Kecil hati aku..
Tapi aku tak kisah pun..
Hoi kawan..
samapi kan hati kau! 
EE..
Kadang-kadang aku kecewa dengan sikap kau..
Macam sial tau..