right click

rainbow link

Saturday, July 2, 2011

Teman yang teristimewa bergelar SAHABAT

Dia bukanlah teman istimewa ku..
Dia bukanlah pakwe malahan gewe ku..
Dia hanya seoarang SAHABAT..
Aku sayang dia..
Aku rindukan dia..
Di saat aku memandang wajahnya buat pertama kali..
Tiada sebarang detik pun atau degupan yang ku rasai..
Ya,.kerana itu lah kita sahabat..


Walaupun..
Dia pernah cuba untuk menawan hatiku..
Namun..
Takdir mengatakan kita hanya mapu menjadi sahabat..
Masih aku ingat lagi kau telah menyelamatkan ku sewaktu ku dalam memerlukan..
Sepantas kilat,.kau pun sampai..

Dan kini,.engkau telah menyendiri..
Sepi..
Di manakah engkau??
Engkau sihat?? Bagaimana dengan penyakitmu itu?? Doktor bilang apa padamu??
Hanya aku dapat mengajukan persoalan itu di dalam lubuk hatiku sahaja..
Aku hanya mampu mendoa..
Supaya kamu sihat dan di redhai Allah..

Thursday, June 30, 2011

Aku tak MAMPU

Aku tak mampu macam kau..
Kau bersegala-galanya..
Kau punya harta..
Namun aku sifar..

Kau mempunyai akal yag bijak dan cerdik..
TAPI aku?
seorang yang cetek pengetahuan..
Aku hanya mampu menjadikan kau idola..
Mengekori apa yang kau lakukan..

Juga begitu..
Aku tak Mampu..


Memang lah benar..
Orang selalu berkata..
JUST BE YOURSELF

Tapi aku tak mampu menjadi diri aku kerana..
Aku kurang kenal pada diriku..

Siapakah aku?
Aku pun kurang mengerti..

Aku hanya mampu menaip apa yang aku rasa..
aku lemah..aku longlai..
AKU TAK MAMPU



Wednesday, June 29, 2011

Mengejar Mimpi..Mampukah aku?

Semangat ku kian runtuh..
Hatiku serring merintih..
Suaraku kian berbisik jauh..
Badanku longlai dan tidak teguh..

Tuhan..
Adakah ini cabaran yang harus aku lalui?
Adakah cabaran ini akan mematangkan aku??
Aku tidak sanggup lagi berdiri teguh..

Tuhan..
Tiupkanlah semangat jitu kepadaku..
Aku semakin lemah..
Aku semkin lemah berada di muka bumi ini ya Tuhann..
Aku tidak berdaya lagii..
Pelbagai onar dan badai menentangku..
Namun, aku tidak mampu dan kuat untuk menipisnya ya Tuhan..

Dan,.
Aku tidak sanggup lagi berada di bawah..
Aku malu..
Malu kepada diriku yang lemah ini..
Malu kepada mereka yang memandangku sinis..
Mampukah aku mengejar mimpiku ??
Hanya kepada mu aku berserah dan pasrah..
Semoga anganku akan terpahat pada melodi diriku suatu hari nanti..



Saturday, June 25, 2011

CERPEN : Begitulah nasib

Kalian ingat tak cerpen CINTA yang dinamakan SETIA ? Inilah sambungan nya,..

Sudah 4 Tahun perkahwinan Aeril dan Natrah. Namun, nasib tidak menyelebelahi mereka berdua. Mereka belum pun dikurniakan  anak.

“Aeril,sudah lebih 4 tahun kan kita berumah tangga nih? Tapi, kan..”
“Tapi apa sayang? Baik cakap. Tak bahagia ye dengan Ril?”
“Tak lah,bukan macam tu..Hmm..Nat tak ada apa-apa tanda pun hamil.”
“Sabar lah sayang, agaknya belum sampai masanya lagi kot.”
“Tapi mak dengan ibu dah tanya-tanya dah bila nak ada anak. Mereka cakap,tak sabar nak timang cucu. Huh! Penat nak menjawab tau.”
“Haha..biar je lah. Lambat laun nanti adalah kot.”

Di rumah keluarga Natrah..

“Hai Natrah. Termenung jauh anak mak ni. Nak kata teringatkan boyfriend,dah kahwin. Bermenungkan apa tu, Nat?”
“Tak ada apa-apa lah mak. Fikirkan soal kerja. Banyak sangat tugas bos Nat bagi.”
“Biasalah tu,kerja. Suruh niaga jahit baju tak nak. Hah! Ni tengah-tengah free ni, mak nak tanya sikit boleh?”
“Apa standard jahit baju. Erm.. Boleh. Apa dia mak?”
“Gini,dah nak dekat 4 tahun kan korang dah kahwin? Takkan tak ada apa-apa kot?”
“Ada apa, apanya mak?”
“Ish budak bertuah ni! Maksud mak. Tak ada apa-apa petanda ke yang menunjukkan kau tu hamil?”
“Oh..tak pun. Biasa aja. Lagipun mak, Nat masih muda lagi lah.”
“Muda apanya Nat? Kau tu umur makin lama, makin lanjut. Pergi lah ikhtiar. Check doctor ke..”
“Ye lah mak..tengoklah macam mana nanti.”
Natrah berasa hambar dengan persoalan  yang ditanyakan oleh ibunya. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk memujuk  Aeril  pergi membuat pemeriksaan doctor.

Apabila mendapatkan pemeriksaan doctor..

Natrah : Macm mana keputusannya doctor?
Aeril : Kenapa doctor? Adakah saya puncanya?
Doktor Shafii : Begini. Keputusannya agak megecewakan sedikit. Maaf, saya berharap agar                                        kamu berdua bersabar dan redha ,ya?
Aeril dan Natrah : Baiklah.
Doktor Shafii : Mengikut semakan keputusan yang ada di tangan saya ni, Puan Natrah telah mengalami kerosakan di bahagian rahim nya. Hasil yang saya terima, Puan Natrah tidak subur dan tidak boleh melahirkan zuriat buat selama-lamanya. Maaf. Saya berharap, agar kamu sabar dalam menghadapi dugaan ini.Banyak- banyakkan berdoa ya?

Natrah terdiam kaku. Aeril terus memeluk Natrah. Mereka tergamam. Suasana di situ ibarat berada di tanah perkuburan. Ibarat seperti malaikat lalu. Diam tanpa sepatah kata.

Tiba di rumah..


“Nat, sabar ya sayang,bukan rezeki kita.”
“Nat minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat melahirkan zuriat Ril. Nat tak tahu nak cakap apa sekarang ini. Nat rasa tak berguna sangat.”
“Sayang, tak baik kata macam tu. Walau apa pun keadaan Nat, Ril akan tetap berada di sisi Nat. Sudah, tak mahu menangis.”
“Macam mana nanti kita nak berdepan dengan orang tua kita? Mesti mereka berasa kecewa. Lagipun,Ril hanya satu-satunya waris keluarga Ril. Macam mana ni?”
“Jangan risau Nat, biar Ril yang selesaikan. Biar Ril yang cakap kat mereka tu.”
Malam tu, Natrah tidak boleh tidur. Dia asyik memikirkan tentang hal itu. Dia betul-betul rasa kecewa,sebak. Kenapa Tuhan bagi aku ujian yang sebegini rupa? Kata Nat di dalam hati.

Pagi  Ahad yang dingin..

“Pagi sayangku, Natrah. Buat sarapan apa tu? Sedap aje nampak?”
“ Pagi..Nasi goreng simple je. Jamah lah dulu. Ril, Nat rasa kan..”
“Rasa kenapa? Lain macam je Ril tengok Nat ni..Masih memikirkan hal kelmarin tu ke?”
“Apa kata Ril kahwin lagi?”

Aeril tersedak dan terpukul dengan persoalan Natrah itu.

“Kahwin lagi?Are you out of your mind, Nat? Hanya kerana tu je nak suruh Ril kahwin lagi? Tidak,.tidak.. Sememangnya Aeril tak setuju. Gila arh.. Dengar sini Nat, sejak kita di bangku sekolah lagi kita bercinta. Sejak tu,pintu hati Ril dah tertutup untuk nak terima siapa-siapa dalam hidup Ril, selain Natrah. Ril sanggup tunggu Natrah belajar kat luar Negara selama 5 tahun tu. Takkan Nat dah lupa semua tu? Lagi pun, Ril ada pernah kan janji dengan Nat, nak hidup semati dengan Nat sampai bila-bila. Ingat tak?ingat tak, Natrah?”
“Itu semua Nat ingat. Tapi Ril..”
“Tapi apanya, Nat? Ril betul-betul marah sekarang ni. Sudah, Ril nak pergi mandi dulu.”
“Tapi Ril..”


Ril berlalu pergi dan terus meninggalkan Natrah bersendirian tanpa kata..



p/s : apa yang terjadi pada Natrah seleppas tu??belumm TAMAT sudaa..nantikan episode cerita Aeril dan Natrah akan datang :)

Saturday, June 4, 2011

Kenapa aku dapat kawan macam kau?

Aku hanya luahkan apa yang aku rasa..
First sekali..
Aku penat lah nak dengar cerita kau..
Kau tahu tak betapa sakitnya hati aku..
Kau ada ke tahu?
Tak ada kan..
Hampir setiap waktu kau melalut dengan mesj kau..
Penting?Jauh sekali..
Bila aku tanya kau.
Kau jawab main-main..
Asyik aku je nak dengar cerita kau..
And tadi..
Aku tak layan mesj kau..
Kau kata " KAUBODOH"
Kecil hati aku..
Tapi aku tak kisah pun..
Hoi kawan..
samapi kan hati kau! 
EE..
Kadang-kadang aku kecewa dengan sikap kau..
Macam sial tau..

Thursday, May 19, 2011

☼ saya rindu cahaya 2006 ☼


hodoh gila kot aku =='


Masa itu aku baru berusia 12 tahun..
masih lagi menggunakan kain biru gelap..*tapi aku guna kain warna hijau lumut,sebab librian :)
Aku ada ramai jugak kawan..
Tapi tak ada laa ramai mana..
Yang aku rapat semua kelas depan depan..
Aku tak belagak..tapi ramai orang anggap aku ni belagak..aku pun tak tahu..yang aku tahu, aku tu aku, tak belagak :)
Masa darjah enam dulu aku kelas 6 Anugerah..Kelas kedua..sebenarnya kelas pertama..tapi, sebelum kelas 6 anugerah ni ada kelas 6 Elite..kelas ni harapan cikgu cikgu semua dak dalam ni dapat 5 A dalam UPSR..
Okayy, alhamdulillah ramai yang dapat straight A's..tak macam aku =='

Itu semua aku tak heran..
Sebab tu semua dah berlalu..

Mengikut diari aku masa tahun 2006., banyak kot peristiwa aww! sweettt sangat sangat..sehinggalah ke bitter..tapi bila baca baca balik..yang bitter tu sweet sangat.. (bitterSweet) :)

Sebenarnya point aku satu je aku nak cerita..
Aku rindu gilaa kat kawan kawan , i mean , bestfriend bestfriend aku masa sekolah rendah dulu..
Aku pun tak tahu napa aku rindu diorang..
And,.aku rindu suasana sekolah tu! ya, SK Taman Cendana :)
Aku rindu kelas aku, tempat duduk aku..and, semua lah!

Nasib baik kot, ada group for the ex batch 2006 kat facebook..
Aku tengok diorang,,
makin kacak kacak and jelita jelita..
cara cakap pun dah lain..
cuma aku je kot masih kuno..
*kalau kau faham, kau tahu lah maksud aku macam mana..

Lastly, 
Antara banyak banyak kawan yang aku sayang, cuma dua je kot, yang ingat kat aku..(double muachh to them..can't live without them :) ) tapi..
Yang sorang tu dah gone with the wind,.*aku tak kisah pun..yang penting, aku bahagia..haha
Yang lagii sorang tu..walaweyh..ahaha'
kbyeee..dah habis :DDD





Missed la kat mereka ni ♥ bf4e! 

Monday, May 16, 2011

♔ RINDU yang mencengkam ♔


Wahai engkau yang bernama kekasih..
Aku ingin kau tahu..
Aku ingin kau memahami..
Aku bukan lah insan yang hanya ingin dimengerti..
Aku mahu kan cinta yang abadi..
Pada mulanya..
Aku kurang faham mengenai erti cinta..
Sambil aku mengelamun..


Aku terfikir.. “Heyy-yo...apa cinta tuh?sejenis permainan untuk mempermainkan lelaki ke hape?haha”
Bila aku terfikir kembali..
Mungkinkah aku silap?
Atau..hmm..
Aku tidak kisah sekarang..
Yang hanya aku ingin kau tahu..
Aku terlalu rindu padamu..
Rindu yang sukar untuk ku ungkapkan..
Rindu yang tiada bandingan..
Rindu yang membuak-buak..
Rindu seperti ingin mendakapmu..
Tetapi , aku tidak mampu..
Kerna kau bukan muhrimku..


Oh Tuhan,.
Dan jika dia cinta mati ku,.
Aku harap, dia faham apa yang aku rasa..
Aku haya sekadar meluahkan..


p/s : missed glewr kat aBg!hikk :0

Tuesday, April 12, 2011

Bila Lelaki itu Menjadi curang

Kaum hawa memang seram,naik bulu roma tengkuk and semua laa..
Bila lelaki itu CURANG,,
Haiyaa..lelaki curang pun nak takut..HAHA

TAKUT tuh,jangan laa..
Buat dun know je k!
Sebab,,lelaki nih..haiyaa..memang..sukar diramal..
Macam cuaca..
Kadang-kadang baik..kadang-kadang puting beliung..

So,kaum Hawa?Apa perlu buat?
Nak curang balik?
Tak perlu..kita kena cool je ,okay?



Katakanlah bila terserempak dengan mereka..
Masa tu,ada perempuan tengah menggedik-gedik pimpim tangan dia..
APA PERLU BUAT?
TAMPAR?
SIMBAH AIR?
TERAJANG KEMALUANNYA?
hoi!bahaya!

Macam ni,ambil je cara mudah..
So,apa dia?
Kita SENYUM je la..



Tak percaya?
Kita kena fikir secara bijak dan positif.
Dengan cara tu,LELAKI tu akan..

Maybe dia akan rasa bersalah..
Ego dia cair..
Rasa malu..
And maybe dia berkata-kata sendiri dalam hatinya..
'APa aku dah buat ni?kenapa aku dengan perempuan yang kaki kikis ni?Dia..dia..adalah insan yang benar-benar cintakan aku..sungguh tegar aku buat dia terpuruk begitu..ohh sayang..!!'

Jap,dan kalau dia terus berlari memegang tangan mu..
Cakap je,.
"Do I know you?"
Haa!hambik kauu!!!

Thursday, April 7, 2011

Cerpen : Cinta yang dinamakan SETIA



“ Ringgg..ringgg..”, deringan telefon bimbitnya berbunyi.

“ Hello sayang. Apa khabar?”,suara Aeril lembut berbicara.

“Hai balik. Baik.”, ringkas Natrah menjawab dengan nada yang agak bengis.

“Kenapa ni sayang? Sayang ada masalah? Ceritalah kat Aeril.”

“Tak ada apa-apa lah Ril. Nat okay-okay sahaja. Maaflah, Nat ada kerja sekolah lah nak siapkan. Nat harap, Aeril faham,.okay? Bye. Assalamua’laikum. “

Belum sempat Aeril menjawab salam, Natrah cepat-cepat matikan panggilan. Aeril bingung dengan sikap Natrah yang aneh itu. Tidak pernah Natrah bersikap demikian.
Aeril dan Natrah. Pasangan remaja yang sedang hangat bercinta semasa di alam persekolahan. Perkenalan mereka menerusi telefon bimbit itu di temukan oleh rakan baik Natrah sendiri, iaitu Ainina semasa di Tingkatan 3. Natrah muda setahun daripada Aeril. Kelembutan Natrah membuatkan Aeril jatuh cinta kepadanya sehinggakan hubungan mereka dapat bertahan sampai sekarang ni, iaitu Natrah sedang berada di Tingkatan 5.

2 Tahun kemudian...

“ Asslamua’laikum sayang Natrah !”

“Waa’laikummussalam, Darling ! Sihat tak hari ni?”

“Sihat sangat. Natrah ada berita gembira nak bagitau kat Aeril ni. Nak dengar tak?”

“Semestinya lah,kan..apa dia?”

“Begini, Natrah dapat tawaran sambung belajar di Netherlands. Nat harap, Aeril dapat temankan Natrah pergi airport nanti. Boleh tak? Natrah berharap sangat.”

“Apa?Netherlands? Apa, kat Malaysia ni tak ada ke Unversiti yang bagus-bagus ? Kenapa luar Negara juga jadi pilihan Nat? Tegar Nat tinggalkan Aeril di sini terkapai-kapai keseorangan.”

“Ala, Ril ni..drama tau! Bukan niat Nat untuk tinggalkan Ril. Demi masa hadapan Nat, Nat sanggup buat apa sahaja. Jangan risau, Nat akan setia pada Ril. Nat harap, Ril pun begitu juga terhadap Nat. Nanti, jangan main mata dengan orang lain okay!.Lagipun, Nat ke sana, bukan untuk pergi menggatal.”


Berat hati Aeril untuk biarkan insan yang sanagt dia cintai itu ke negara orang. Di lubuk fikirannya, bermacam-macam andaian yang berputar difikirannya. Aeril tidak mahu kehilangan Natrah. Lalu, Aeril mengambil keputusan untuk nikahi Natrah.

“Mak,Aeril dah buat keputusan masak-masak. Aeril nak nikahi Natrah.”

“Kau gila, Aeril? Budak tu lagi beberapa hari nak pergi Netherlands, untuk sambung belajar. Tunggu lah lagi beberapa tahun dia balik ke Malaysia nanti. Kamu ni Ril, gelojoh lah. Malu mak ,tahu?”

“Tahun mak.TAHUN! Mak tahu tak, ‘tahun’ tu lama. Ril tak sanggup mak.”

“Mak tak kira,mak tak setuju kamu nikahi dia sekarang.Pekerjaan kamu je tak tetap.Ingat, mak nak kamu memegang segulung ijazah dulu baru mak lepaskan kamu bernikah. Faham? Ishh budak ni!”

Aeril kesal.


Semasa di airport...

“Nat, jaga diri baik-baik ye sayang kat negeri orang sana tu”

“Baiklah Ril..Ril usah risau. Pandai-pandai Nat lah kat sana nanti. Kalau ada masa terluang, jangan lupa online Facebook dengan Yahoo Messenger, Skype ke..tau! Kita webcam sama-sama okay? Nanti, hilang sikit rindu Nat kat Ril.”

“Yelah sayang. Sayang, bila sayang balik ke Malaysia nanti. Aeril berjanji akan nikahi Nat. Kita bina hidup sama-sama, ya?”

Tanpa batasan, buat pertama kali, Aeril terus memeluk Natrah. Natrah berasa sangat sedih lalu mutiara jernih jatuh berlinangan di pipi Natrah. Insan yang sangat dia cintai akan dia tinggalkan demi mengejar cita-citanya.




5 Tahun kemudian..

Akhirnya.,Natrah Berjaya menamatkan pelajarannya dan memegang segulung ijazah dari luar negara. Padanya buat ketika itu, itulah hadiah terulung buat dirinya dan keluarganya.


Natrah bermonolog dalaman, “ Wow! Seems to be a lot of changing ,here. Tak sabar laa seyh nak jumpa orang-orang yang aku rindu nih! Ya Allah, semoga mereka dalam keadaan sihat sejahtera.”

“AERIL. Agaknya, maacam mana ya dia sekarang. Adakah dia masih setia pada ku? Adakah dia akan menunaikan janji lama nya itu padaku? Hurmm..tak sabar nak jumpa dia! Auww!Auww!”

Mahligai Bahagia...

Aeril seorang jejaka yang sangat berpegang teguh pada janjinya. Hasratnya untuk menikahi Natrah apabila Natrah pulang dari Netherlands,akhirnya terlaksana. Aeril yang mempunyai pekerjaan tetap dan berjaya memegang segulung ijazah tempatan akhirnya sah menjadi suami Natrah, gadis yang sangat dia cintai dan merindui itu.

“Terima kasih Aeril. Nat..Nat tak sangka yang Ril akan tunaikan janji Ril pada Nat.”

“Kenapa?tak percaya? Haha..Bila sesuatu yang Ril telah janjikan, lambat laun Ril akan tunaikan juga. Walaupun ia membahayakan diri Aeril, Aeril tidak peduli. Demi orang yang tersayang, Ril sanggup buat apa saja. Aeril tidak mahu menjadi seorang pemuda yang hanya manis pada berbicara. Mari sayang, kita ke kamar.”

“Baiklah.” 


 
p/s: TAMAT .. Cerita yang penuh ringkas..haha
nantikan episode cerita Aeril dan Natrah akan datang :)

Friday, March 11, 2011

Melodi sahabat :)

Kawan?apa makna kawan tu?adakah kawan itu sama je maksud dengan SAHABAT??sahabat pula?adakah masih wujud pada era millinieum nih?antara persoalan yang tak dapat dirungkai..

Kadangkala kita perhatikan kawan kawan kita tu..
Ada masa dia baik..
Jahat?bukan..bukan maksud saya untuk cakap mereka tu jahat..sebab mereka tak pernah membunuh orang atau buat kesalahan berat..
Dan sebaliknya?bukan juga..
Ada masanya..bila kita bertanya dalam nada yang perlahan dan dalam keadaan ingin tahu..
Dia/mereka menjawab seolah-olah kita tiada maruah diri..seperti menengking..muka dalam keadaan selamba..bongkak..pernah tak anda rasa?pernah tak anda rasa yang anda ni seperti di bawah?Walhal..kita ni setaraf je..
Dan kadangkala juga..bila kita nak meminta bantuan mereka mereka..mereka/dia hanya memandang sebelah mata..tapi,cuba kalau mereka ingin meminta bantuan dari kita..berani tak anda nak cakap ‘tidak’? tak,kan? Ya,sebab kita anggap dia sebagai sahabat baik..bukan sebagai sahabat jalanan..mengungkit?TIDAK sama sekali..
Dan kadangkala juga..bila anda berasa sedih..ingin meluahkan rasa ketidakpuasan hati anda..pernah tak mereka/dia menganggap nya sebagai suatu yang serius?rasa rasa nya macam tak, kan?hmm..itu lumrah..tetapi,bila waktu dia/mereka meluahkan..pernah tak anda rasa ingin memalingkan muka atau menukar topik lain? Tidak sampai hati bukan, walaupun ceritera itu berulang?Ya,saya tahu anda seorang sahabat yang sayangkan sahabatnya itu..apa guna kalau kita bersahabat tak ingin berkongsi masalah?betul tak?
Sifat lumrah..pabila sahabat  telah bertemu dengan sahabatnya yang lain..kita usah cemburu..tapi kadang kadang anda terasa tak bila dibelakangi?Ya..seperti yang saya kata..lumrah..mungkin..dia,kita dan mereka tidak sama pendapat atau perangai..dalam masa yang sama,.dia/mereka hanya dapat meninggalkan kita dan berlalu pergi...Apa yang kita harus buat?Buat bodoh sudahh..
Konklusinya,.sudah terang lagi tak payah nak suluh suluh..
SAHABAT ,.banyakkan karakter nya?so,kita harus je laa bersabar..sebelum kita menjalinkan persahabatan tu,.kita mestilah pandai pandai nak pilih kawan..pilih lah yang sekepala dengan kita..yang boleh menerima setiap kekurangan diri kita..pilihlah sahabat yang boleh berkerjasama dengan kita dan boleh menerima setiap pandangan kita..dan kita?kita juga haruslah bersifat demikian..

p/s : Maaf andai saya tersalah/terkasar bahasa..
   (hanya pemerhatian yang di buat..tiada kena mengena denga diri saya pun..haha)

Sunday, February 20, 2011

Dear, if you asking me somekind of that ques....

If youu asking if I need you..
The answer is FOREVER..
If you are asking if i'll leave you..
The answer is NEVER..
If you asking what i value..
The answer is YOU..
If you asking if I love you..
The aswer is YES I DO!!

p/s : miss you,abg dear.,akmal

Pergilah engkau dari ingatanku

Setiap hari..setiap detik..
Aku teringatkan mu..
walau kita tiada lagi hubungan yang erat..
Namun..ingatanku tetap tersangkutt pada dirimu..
Kadang kadang ku terfikir..
"mengapa seyh aq teringat kat pie je?..?"
Sungguhpun begitu..
ku inginkan semua ingatanku terhadapp mu di LENYAP...
Tapi?mampu kah aku?mampukah aku untuk menguburkann ia begitu saje?
hmm..
Aku cuma luahkan sahaja isi hati yang terpendam..
kerana..
aku mahu kau tahu..
Akulah hati yang kau sakiti..
Maaf?hanya bila kau benar benar ikhlas untuk meminta maaf..

Saturday, February 19, 2011

Dia kata

Dia kata..
Aku umpama hatinya..
Aku umpama jiwa nya..
LOVE tree :)
Aku umpama mata hatinya..
Dia juga kata..
Dia tak nak kehilangan diriku..
Dia hanya ada aku..
Dia kata lagi..
Hanya aku sahaja yang dapat mewarnai setiap sunyi nya..
sendu sendan nya..
tawanya..
sunyinya..
Kata-katanya membuatkan ku hilang arah..
Penuh tanda tanya,.
Aku hanya mahukan kejujuran..
Keikhlasan,,
Adakah ia benar semata-mata?atau hanya sandiwara seorang priya??
Aku sendiri...
Kurang pasti..
Semoga ku dapat petunjuk Ilahi..

Thursday, February 17, 2011

Kenapa engkau tidak seperti dulu-dulu?

Walaupun dirimu dan dikau jauh beribu batu..
Namun hati terasa amat dekat sekali dengan mu..
Sungguhpun dikau berlainan daerah..
Terasa aku dikau selorong denganku..
Walaupun setits air mataku tidak kau kesat dengan sehelai tisu..
Namun ku rasa kau seperti mengesatnya dengan jari telunjuk mu..
Begitu dekatnya dikau pada diriku..
Semasa musuh mendekati..kau telah menyelamatkan ku pergi..
Pergi dari hati yang resah dan longlai..
Kau seperti memberi sinar bak cahaya keemasan..
Namun saban hari..
Aku selalu menanti dirimu..
Kenapakah kau tidak muncul dalam keberadaan ku pabila ku memerlukan??
Hmm..
Siapa kata aku tidak menitiskan air mata?
Siapa kata aku normal seperti biasa biasa?
Namun di sudut ranjau hatiku disini tersemat oleh 1001 tanda tanya..
Dan aku hanya dapat memberikan tanda soal..

Kenapa Engkau Tidak Seperti Dulu - Dulu ?



Wednesday, February 16, 2011

Inginku sebuah jawapan

Aku hanyalah manusia biasa yg penuh dengan masalah dan dugaan..dan pernah berkali kali untuk menyerah kalah..pasrah dan berserah..tiada yg tahu tentang masalah perihku itu..namun aku hanya mampu..membuku nya dan memakunya dalam dalam sehingga tiada siapa yg tahu..sehinggakan aku resah dan longlai memikirkan tentang masalahku itu..apa yg mampu ku buat?perlukah aku menceritakan ia pada mereka yg lain?adakah mereka faham erti sesebuah masalah itu?jawapannya..hila hilai di bisikan hati mereka..tawa tawa di segenap mata hati mereka..atau..adakah aku yg salah?salah ertikan sesebuah jawapan?!

Mungkin..
kerna..aku sendiri bingung..
Aku sendiri tidak faham..
Yang mampu ku ungkapkan ialah..
rambut sama hitam..hati lain lain~

Tuesday, February 15, 2011

me and kak dilla :)

assalamua'laikum,,,,,,



Perjalanan

Kenapa manusia acap kali merintih pabila mereka di timpa sesuatu masalah? Padaku..itu adalah lumrah..lumrah kehidupan duniawi..setiap detik ku terfikir..mengapa kepiluan yang sering dibelenggu dek fikiranku? adakah aku patut diperlakukan sebegitu?huh!..sungguh tidakku sangka!dunia ini kadangkala kejam..masakan tidak?aku sendiri tertanya-tanya..perlukah aku terus menetap di bumi Allah ini?..bukan..bukan aku tidak bersyukur kepadaNya..malahan..aku sendiri keliru..acap kali ku keliru..pelbagai masalah yg membelenggu diriku..
sesekali ku ingin membunuh segalanya yang pernah tercatat di dalam kamus hidupku..walaupun segalanya hanyalah tinggal sejarah..aku,.hanya dapat pasrah..walau pada hakikatnya ku parah..tetapi aku hanya mampu berserah..semoga aku diberi jalan yg mudah..